Sila baca syarat mengikuti kursus sebelum anda mendaftar.
Syarat dan Peraturan Kursus Intensif
- Hanya penyertaan penuh dan ON video sahaja yang akan diberikan sijil penyertaan.
- Ilmu dan idea daripada kursus ini diizinkan untuk mengajar anak sendiri di rumah ataupun pelajar yang berdaftar di institusi tadika/sekolah tempat kerja peserta sahaja.
- Kursus ini bukan lesen untuk membuka kelas membaca untuk pelajar lain yang bukan berdaftar di tadika / sekolah anda.
- Sekira berhasrat membuka kelas membaca anda wajib memohon menjadi pemegang lisensing phonicsmart daripada Readnetwork supaya dapat menggunakan jenama dan buku kami dengan sah. Layari www.phonicsmart.com.my untuk maklumat lanjut.
- Kegagalan menghadiri atau menamatkan kursus ini atas sebab yang berpunca daripada kelalaian dan masalah peserta – seperti tersilap tarikh, terlupa hari, tidak klik link info yang diberikan, tidak sempat sebab ada kerja lain, ada tetamu datang, ada meeting , masalah keluarga, masalah internet , dan seumpamanya – tidak boleh diganti kepada tarikh lain dan tiada bayaran gantirugi diberikan kerana tempat anda tidak dapat diganti oleh orang lain.
- Hanya peserta yang namanya didaftarkan sahaja yang berhak mengikuti kursus ini.
- Tidak dibenarkan sebarang rakaman dibuat mengenai kursus ini dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa kebenaran bertulis.
- Mana-mana peserta yang tertinggal sebahagian daripada sesi kursus boleh memohon untuk melihat rakaman atas budi bicara penganjur.
- Pihak penganjur tidak bertangggungjawap untuk mengingatkan peserta selepas link info kursus diberikan.