Terima kasih

Kerana memilih kursus Intensif Readeasy pada 29 Oktober 2022 ( Sabtu )

Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari , 2.30 ptg – 4.45 ptg

Persetujuan


Dengan mengikuti kursus ini anda dengan ini bersetuju untuk mematuhi syarat berikut:

  1. Hanya penyertaan penuh sahaja dan ON video sahaja yang akan diberikan sijil penyertaan.
  2. Ilmu dan idea daripada kursus ini diizinkan untuk mengajar anak sendiri di rumah ataupun pelajar yang berdaftar di institusi tadika/sekolah tempat kerja peserta sahaja.
  3. Kursus ini bukan lesen untuk membuka kelas membaca untuk pelajar lain yang bukan berdaftar di tadika / sekolah anda.
  4. Bersetuju untuk memohon menjadi pemegang lisensing phonicsmart daripada Readnetwork sekiranya ingin membuka kelas membaca.
  5. Kegagalan menghadiri atau menamatkan kursus ini atas sebab yang berpunca daripada kelalaian dan masalah peserta – seperti tersilap tarikh, terlupa hari, tidak klik link info yang diberikan, tidak sempat sebab ada kerja lain, ada tetamu datang, ada meeting , masalah keluarga, masalah internet , dan seumpamanya – tidak boleh diganti kepada tarikh lain dan tiada bayaran gantirugi diberikan kerana tempat anda tidak dapat diganti oleh orang lain.
  6. Hanya peserta yang namanya didaftarkan sahaja yang berhak mengikuti kursus ini. Tidak dibenar orang lain yang tidak membayar mengikuti kursus ini secara langsung ataupun tidak langsung.
  7. Tidak dibenarkan sebarang rakaman dibuat mengenai kursus ini dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa kebenaran bertulis.
  8. Mana-mana peserta yang tertinggal sebahagian daripada sesi kursus atas sebab yang munasabah boleh memohon untuk melihat rakaman atas budi bicara penganjur.
  9. Pihak penganjur tidak bertangggungjawap untuk mengingatkan peserta selepas link info kursus diberikan.

Anda akan diberikan link untuk Zoom dan panduan kursus ini selepas mengisi borang ini. Sila isi dengan lengkap dan tekan butang ‘Setuju & Confirm


Anda akan diberikan link untuk kursus ini pada page berikutnya…