Gutentor Simple Text
Readeasy Intermediate Level
Syarat dan Peraturan Kursus
- Anda digalakkan telah mengikuti kursus asas atau intensif Readeasy sebelum mengikuti kursus ini
- Kursus ini tidak mengajar cara membaca tetapi lebih kepada peningkatan kepada bunyi-bunyi baru dalam sistem bunyi bahasa Inggeris.
- Hanya penyertaan penuh sahaja yang akan diberikan sijil penyertaan.
- Kursus ini bukan lesen untuk membuka kelas membaca untuk pelajar lain yang bukan berdaftar di tadika / sekolah anda. Anda diminta memohon menjadi pemegang lisensing phonicsmart daripada Readnetwork sekiranya ingin membuka kelas membaca.
- Kegagalan menghadiri atau menamatkan kursus ini atas sebab yang berpunca daripada kelalaian dan masalah peserta – seperti tersilap tarikh, terlupa hari, tidak klik link info yang diberikan, tidak sempat sebab ada kerja lain, ada tetamu datang, ada meeting , masalah keluarga, masalah internet , dan seumpamanya – tidak boleh diganti kepada tarikh lain dan tiada bayaran gantirugi diberikan kerana tempat anda tidak dapat diganti oleh orang lain.
- Hanya peserta yang namanya didaftarkan sahaja yang berhak mengikuti kursus ini.
- Tidak dibenarkan sebarang rakaman dibuat mengenai kursus ini dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa kebenaran bertulis.
- Mana-mana peserta yang tertinggal sebahagian daripada sesi kursus boleh memohon untuk melihat rakaman atas budi bicara penganjur.
- Pihak penganjur tidak bertangggungjawap untuk mengingatkan peserta selepas link info kursus diberikan.