Gutentor Simple Text

Readeasy Intermediate Level

Syarat dan Peraturan Kursus

  1. Anda digalakkan telah mengikuti kursus asas atau intensif Readeasy sebelum mengikuti kursus ini
  2. Kursus ini tidak mengajar cara membaca tetapi lebih kepada peningkatan kepada bunyi-bunyi baru dalam sistem bunyi bahasa Inggeris.
  3. Hanya penyertaan penuh sahaja yang akan diberikan sijil penyertaan.
  4. Kursus ini bukan lesen untuk membuka kelas membaca untuk pelajar lain yang bukan berdaftar di tadika / sekolah anda. Anda diminta memohon menjadi pemegang lisensing phonicsmart daripada Readnetwork sekiranya ingin membuka kelas membaca.
  5. Kegagalan menghadiri atau menamatkan kursus ini atas sebab yang berpunca daripada kelalaian dan masalah peserta – seperti tersilap tarikh, terlupa hari, tidak klik link info yang diberikan, tidak sempat sebab ada kerja lain, ada tetamu datang, ada meeting , masalah keluarga, masalah internet , dan seumpamanya – tidak boleh diganti kepada tarikh lain dan tiada bayaran gantirugi diberikan kerana tempat anda tidak dapat diganti oleh orang lain.
  6. Hanya peserta yang namanya didaftarkan sahaja yang berhak mengikuti kursus ini.
  7. Tidak dibenarkan sebarang rakaman dibuat mengenai kursus ini dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa kebenaran bertulis.
  8. Mana-mana peserta yang tertinggal sebahagian daripada sesi kursus boleh memohon untuk melihat rakaman atas budi bicara penganjur.
  9. Pihak penganjur tidak bertangggungjawap untuk mengingatkan peserta selepas link info kursus diberikan.