Persetujuan

  1. Hanya penyertaan penuh sahaja yang akan diberikan sijil penyertaan.
  2. Ilmu dan idea daripada kursus ini diizinkan untuk mengajar anak sendiri di rumah ataupun pelajar yang berdaftar di institusi tadika/sekolah tempat kerja peserta sahaja.
  3. Kursus ini bukan lesen untuk membuka kelas membaca untuk pelajar lain yang bukan berdaftar di tadika / sekolah anda.
  4. Bersetuju untuk memohon menjadi pemegang lisensing phonicsmart daripada Readnetwork sekiranya ingin membuka kelas membaca.
  5. Kegagalan menghadiri atau menamatkan kursus ini atas sebab yang berpunca daripada kelalaian dan masalah peserta – seperti tersilap tarikh, terlupa hari, tidak klik link info yang diberikan, tidak sempat sebab ada kerja lain, ada tetamu datang, ada meeting , masalah keluarga, masalah internet , dan seumpamanya – tidak boleh diganti kepada tarikh lain dan tiada bayaran gantirugi diberikan kerana tempat anda tidak dapat diganti oleh orang lain.
  6. Hanya peserta yang namanya didaftarkan sahaja yang berhak mengikuti kursus ini.
  7. Tidak dibenarkan sebarang rakaman dibuat mengenai kursus ini dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa kebenaran bertulis.
  8. Mana-mana peserta yang tertinggal sebahagian daripada sesi kursus atas sebab yang munasabah boleh memohon untuk melihat rakaman atas budi bicara penganjur.
  9. Pihak penganjur tidak bertangggungjawap untuk mengingatkan peserta selepas link info kursus diberikan.

Sila isi borang di bawah untuk sijil



Handout kursus

Notis Hakcipta : Kandungan di dalam handout ini adalah hak milik intelektual Readnetwork dan tidak boleh diberikan kepada orang lain ataupun diterbitkan semula dalam apa bentuk sekalipun tanpa kebenaran.


Aturcara kursus

Day 1 ( 8 Jun )

8.30 pagi Pendaftaran masuk – Check in

9.00 pagi Kursus bermula – Pengenalan kepada kaedah membaca dan keistimewaan fonik

9.45 Latihan sebut bunyi dalam bahasa Melayu dan tekni asosiasi

10.45 Latihan praktikal teknik mengajar bunyi

11.30 Latihan praktikal teknik mengajar simbol / huruf

12.00 End


Day 2 ( 9 Jun ) – Continuation

8.30 pagi Pendaftaran masuk – Q & A session

9.00 pagi Latihan praktikal mengajar membaca menggunakan teknik gabung bunyi &

aktiviti belajar sambil bermain

10.00 Teknik manipulasi dan rantaian bunyi

11.30 Mengajar mengeja dan menulis

12.00 End

Panduan Mengikuti kursus

Berikut adalah beberapa tips untuk anda mengikuti kursus nanti.

  1. Pastikan check-in awal sebaik-baiknya 30 min awal
  2. Pastikan sambungan melalui wifi atau broadband anda cukup baik hari itu
  3. Pastikan topup broadband jika guna data phone
  4. Duduk di tempat yang tiada gangguan dengan bising atau guna earphone
  5. Duduk berhadapan cahaya dengan latar belakang yang tidak cerah
  6. Boleh saja berpakaian kasual / formal dan menutup aurat jika dapat
  7. Sediakan : 1 marker pen, 4 keping kertas lukisan yang telah dipotong bersaiz 5 x 3 inci

Panduan Menggunakan Zoom