Persetujuan
- Hanya penyertaan penuh sahaja yang akan diberikan sijil penyertaan.
- Ilmu dan idea daripada kursus ini diizinkan untuk mengajar anak sendiri di rumah ataupun pelajar yang berdaftar di institusi tadika/sekolah tempat kerja peserta sahaja.
- Kursus ini bukan lesen untuk membuka kelas membaca untuk pelajar lain yang bukan berdaftar di tadika / sekolah anda.
- Bersetuju untuk memohon menjadi pemegang lisensing phonicsmart daripada Readnetwork sekiranya ingin membuka kelas membaca.
- Kegagalan menghadiri atau menamatkan kursus ini atas sebab yang berpunca daripada kelalaian dan masalah peserta – seperti tersilap tarikh, terlupa hari, tidak klik link info yang diberikan, tidak sempat sebab ada kerja lain, ada tetamu datang, ada meeting , masalah keluarga, masalah internet , dan seumpamanya – tidak boleh diganti kepada tarikh lain dan tiada bayaran gantirugi diberikan kerana tempat anda tidak dapat diganti oleh orang lain.
- Hanya peserta yang namanya didaftarkan sahaja yang berhak mengikuti kursus ini.
- Tidak dibenarkan sebarang rakaman dibuat mengenai kursus ini dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa kebenaran bertulis.
- Mana-mana peserta yang tertinggal sebahagian daripada sesi kursus atas sebab yang munasabah boleh memohon untuk melihat rakaman atas budi bicara penganjur.
- Pihak penganjur tidak bertangggungjawap untuk mengingatkan peserta selepas link info kursus diberikan.
Sila isi borang di bawah untuk sijil
Handout kursus
Notis Hakcipta : Kandungan di dalam handout ini adalah hak milik intelektual Readnetwork dan tidak boleh diberikan kepada orang lain ataupun diterbitkan semula dalam apa bentuk sekalipun tanpa kebenaran.
Aturcara kursus
Day 1 ( 8 Jun )
8.30 pagi Pendaftaran masuk – Check in
9.00 pagi Kursus bermula – Pengenalan kepada kaedah membaca dan keistimewaan fonik
9.45 Latihan sebut bunyi dalam bahasa Melayu dan tekni asosiasi
10.45 Latihan praktikal teknik mengajar bunyi
11.30 Latihan praktikal teknik mengajar simbol / huruf
12.00 End
Day 2 ( 9 Jun ) – Continuation
8.30 pagi Pendaftaran masuk – Q & A session
9.00 pagi Latihan praktikal mengajar membaca menggunakan teknik gabung bunyi &
aktiviti belajar sambil bermain
10.00 Teknik manipulasi dan rantaian bunyi
11.30 Mengajar mengeja dan menulis
12.00 End
Panduan Mengikuti kursus
Berikut adalah beberapa tips untuk anda mengikuti kursus nanti.
- Pastikan check-in awal sebaik-baiknya 30 min awal
- Pastikan sambungan melalui wifi atau broadband anda cukup baik hari itu
- Pastikan topup broadband jika guna data phone
- Duduk di tempat yang tiada gangguan dengan bising atau guna earphone
- Duduk berhadapan cahaya dengan latar belakang yang tidak cerah
- Boleh saja berpakaian kasual / formal dan menutup aurat jika dapat
- Sediakan : 1 marker pen, 4 keping kertas lukisan yang telah dipotong bersaiz 5 x 3 inci