Sampel Perjanjian Lisensing

Ini adalah sampel perjanjian yang telah ditandatangani oleh lisensi dan lisensor untuk rujukan.

Perjanjian Lisensing ( Terkini )

Ini adalah salinan terkini yang digunapakai bagi 3 tahun terakhir ini.

Dengan ini LISENSOR telah bersetuju untuk membenarkan LISENSI mengendalikan program cepat membaca menggunakan nama Phonic Smart sebagaimana termaktub seperti di bawah ini.

Di mana LISENSI bersetuju untuk:

a. membayar yuran lisensing sebelum memulakan program

b. memaklum dan mendaftarkan nama guru yang akan mengajar

c. beroperasi dalam kawasan yang ditetapkan

d. menghantar guru untuk kursus Lisensing dan berkelayakan untuk mengajar mengikut standard

e. mematuhi perjanjian Lisensing dan spesifikasi sistem Lisensing sebagaimana berikut:

PENDAHULUAN :

(A) Pemilik Lesen ( LISENSOR ) yang berniaga atas nama RN Training Sdn Bhd telah memulakan satu perkhidmatan kelas Mengajar Cepat Membaca Phonics Smart ( selepas ini disebut sebagai ‘Perkhidmatan’ ) berasaskan Bacalah Anakku &
ReadEasy ( selepas ini disebut sebagai ‘Jenama’ ) yang sangat berkesan dan mempunyai permintaan yang tinggi.

(B) LISENSOR , melalui kajian praktikal dan pengalaman secara langsung dalam Perkhidmatan ini telah mewujudkan dan memiliki hak Program Cepat Membaca Phonics Smart ( selepas ini disebut sebagai ‘Sistem’ ) sebagaimana termaktub di dalam
beberapa modul yang dapat dioperasikan secara menguntungkan.

(C) LISENSOR bercadang untuk mengembangkan Perkhidmatan ini di kawasan yang telah dipersetujui melalui pemberian hak melalui pelesenan kepada Penerima Lesen ( LISENSI ).

(D) Lisensor memberikan Perkhidmatan ini mengikut Sistem dengan ini dikenali sebagai ‘Perniagaan’.

(E) Kejayan Perniagaan ini di dalam Kawasan yang ditentukan bergantung kepada perkhidmatan yang memuaskan, berhemah dan efisien dengan usaha pemasaran yang bersungguh-sungguh serta mengekalkan kualiti Perkhidmatan.

(F) LISENSI memang berminat dan komited untuk mengembangkan Perniagaaan ini dalam Kawasannya.

DENGAN INI DIPERSETUJUI BAHAWA:

HAK-HAK YANG DIBERIKAN

1.1 Tertakluk kepada syarat-syarat berikut, LISENSI berhak:

1.1.1. Mendapat hak-hak ekslusif sebagaimana dinyatakan dalam kandungan tawaran.

1.1.2. mengoperasikan Perkhidmatan di bawah Jenama dalam Kawasannya.

1.1.3. menggunakan sebarang simbol, design, perkataan , spesifikasi serta pengalaman yang diperolehi berkaitan dengan Jenama.

1.1.4. LISENSI berhak menubuhkan cawangan-cawangannya (selepas ini disebut ‘Cawangan Tambahan’ di dalam Kawasannya dengan membuat bayaran tambahan sepertimana dalam perkara 7.2.

1.1.5. LISENSI tidak sekali-kali bertindak sebagai ejen atau rakan kongsi LISENSOR.

TERMA

2.1 Perjanjian ini, tertakluk kepada syarat-syarat Kelayakan Pemohon Program Phonic Bacalah Anakku & ReadEasy, berkuatkuasa dari tarikh 1 APRIL 2018 ( selepas ini disebut ‘Tarikh’) untuk tempoh sepanjang hayat.

TANGGUNGJAWAB AWAL LISENSOR

3.1 Bagi memastikan LISENSI berjaya memulakan Perniagaan di dalam Kawasannya, LISENSOR akan memberikan:

3.1.1 khidmat nasihat penubuhan dan cara mengoperasikan Perniagaan dengan efisien.

3.1.2 khidmat nasihat menyesuaikan penggunaan Sistem bagi Kawasannya.

3.1.3 kursus khas untuk guru-guru yang akan mengajar.

3.1.4 Khidmat nasihat mengenai kesesuaian tempat dan infrastruktur bangunan

3.1.5 Membekalkan Manual Pengurusan dan Manual Mengajar yang tidak boleh dipindah milik dalam apa jua bentuk dan merupakan sebahagian daripada hak milik LISENSOR.

TANGGUNGJAWAB BERTERUSAN LISENSOR

4.1.1 memaklumkan sebarang kemajuan baru dalam Sistem dan Perkhidmatan.

4.1.2 memberikan salinan bahan promosi untuk digunakan dalam Kawasan

4.1.3 memberikan perkhidmatan pengurusan dan promosi Perniagaan dan peralatan yang perlu hanya dengan permintaan pihak LISENSI.

4.14 memaklumkan sebarang taklimat dan kursus berkaitan Perniagaan yang dianjurkan oleh LISENSOR.

TANGGUNGJAWAB LISENSI.

5.1 Untuk mengekalkan kualiti Perkhimatan dan mempromosikan permintaan kepada Perkhidmatan dan mengekalkan reputasi dan goodwill Jenama, LISENSI bersetuju untuk:

5.1.1 Spesifikasi – mengendalikan kelas mengikut spesifikasi yang dicadangkan.

5.1.2 Pembiayaan – mempunyai modal yang cukup termasuk modal kerja bagi menunaikan tanggungjawab dalam Perjanjian ini.

5.1.3 Pendaftaran – mendaftarkan perniagaan ini dan menepati semua syarat perniagaan setempat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

5.1.4 Pemantauan – memastikan semua kakitangan melaksanakan tugas mengikut manual yang telah ditetapkan.

5.1.5 Piawaian – memastikan Perkhidmatan diberikan berdasarkan standard piawaian iaitu boleh membaca dalam 3 bulan untuk anak-anak berusia 5-7 tahun yang tiada masalah keupayaan membaca.

5.1.6 Kualiti Tenaga Pengajar – memastikan tenaga pengajar yang dipilih berkualiti sekurang-kurangnya berkelulusan SPM dengan kredit dalam BM atau lulus dalam BI.

5.1.7 Kemajuan – sentiasa berusaha untuk memajukan Perniagaan.

5.1.8 Reputasi – memastikan reputasi Perniagaan, Sistem , Perkhidmatan dan Jenama sentiasa tinggi dan memuaskan.

5.1.9 Khidmat Pelanggan – berusaha untuk memastikan segala urusan dibuat dengan adil dan jujur dengan semua pelanggan , mengendalikan aduan pelanggan dengan cepat dan saksama , berhemah dan bersedia serta tidak menjejaskan reputasi
Perniagaan.

5.1.10 Kerahsiaan Pekerja – memastikan semua staf menandatangani persetujuan untuk menjaga rahsia dan spesifikasi Perniagaan.

5.1.11 Tenaga pengajar – memastikan semua tenaga pengajar yang akan diambil atau diambil sementara mengikuti kursus yang dianjurkan oleh LISENSOR mengikuti kursus yang terdekat sebelum mengajar

5.1.12 Perundangan – memastikan semua peraturan perniagaan seperti lesen premis dipatuhi dari semasa ke semasa.

5.1.13 Kemusykilan – sila hubungi LISENSOR mengenai khidmat Perniagaan dan Sistem di Kawasan yang ditentukan

5.1.14 Kerjasama Mengenai Harga – bekerjasama dengan LISENSOR dalam menentukan polisi harga yang dikenakan kepada pelanggan supaya tidak menjejaskan Sistem dan Jenama.

5.1.15 Liabiliti – bertanggung jawab secara langsung tanpa mengaitkan LISENSOR dalam sebarang tuntutan gantirugi oleh pelanggan berkaitan Perkhidmatan yang diberikan atau tatacara Perniagaan yang diamalkan oleh LISENSI.

5.1.16 Pengesahan Bertulis – dalam sebarang kemusykilan dan persetujuan yang diperlukan daripada LISENSOR dalam hal-hal berbangkit hendaklah dibuat secara bertulis.

5.1.17 Kerahsiaan – memastikan semua maklumat berkaitan modul , spesifikasi , operasi, perancangan dan polisi LISENSOR tidak berikan secara bertulis atau lisan kepada mana-mana pihak.

5.1.18 Penggunaan Ilmu – tidak memaklumkan atau memberi kebenaran kepada pihak lain menggunakan kepakaran LISENSOR di luar Kawasannya.

5.1.19 Peralatan – Memastikan semua alat bantu dan peralatan yang digunakan sesuai dan mengikut spesifikasi Lampiran 1 .

5.1.20 Latihan – menghantar staf untuk mengikuti latihan-latihan yang anjurkan oleh LISENSOR dari semasa ke semasa.

5.1.21 Laporan berkala – memaklumkan maklumat pelajar dan guru apabila diperlukan oleh pihak lisensor

LATIHAN AWAL

6.1 LISENSOR akan memberi panduan pengurusan dan perkhidmatan mengikut spesifikasi Perniagaan dan Perkhidmatan.

YURAN PELESENAN

7.1 LISENSI bersetuju membayar LISENSOR yuran pelesenan sebanyak RM 5000.00 ( Ringgit Malaysia : Lima ribu sahaja ) sepenuh dua minggu sebelum kursus atau pada tarikh perjanjian.

7.2 Yuran pelesenan adalah untuk satu Pusat Membaca sahaja. Untuk cawangan yang berikutnya, LISENSI perlu mendaftar dengan bayaran tambahan sebanyak RM 2000 ( Ringgit Malaysia : Dua ribu sahaja )sahaja untuk setiap cawangan.

PROMOSI DAN IKLAN

LISENSI bertanggungjawab :

8.1 Menanggung kos pengiklanan setempat atau menanggung sebahagian kos pengiklanan nasional jika LISENSI berminat untuk terlibat sama .

8.2 memastikan bahan yang digunakan dalam promosi dan iklan setempat dibuat sesuai dengan gaya dan format yang dicadangkan oleh LISENSOR.

8.3 hanya mengadakan promosi dan pemasaran pada peringkat lokal di dalam kawasannya sahaja atau kawasan neutral iaitu kawasan yg tidak ditetapkan kepada mana-mana orang.

JENAMA

9.1 LISENSI berhak menggunakan Jenama dalam Sistem dengan mengisi borang sebagai pengguna berlesen.

9.2 LISENSOR dan LISENSI bekerjasama dalam memastikan hakcipta Jenama dan Sistem terpelihara di Kawasannya dan sebarang salahguna Jenama dan Sistem hendaklah dimaklumkan kepada LISENSOR dengan serta merta.

BUKU

10.1 LISENSI bertanggung jawab menggunakan buku Bacalah Anakku dan ReadEasy yang dipesan terus daripada LISENSOR sahaja pada kadar diskaun sekurang-kurangnya 35% dengan mematuhi syarat-syarat berikut:

a. pesanan minimum 5 set

b. bayaran pendahuluan 50% jika memesan lebih daripada 20 set

c. membuat bayaran baki dalam masa 30 hari dari tarikh invois.

d. menanggung kos penghantaran jika dikenakan

JUALAN PERNIAGAAN.

11.1 LISENSI tidak berhak menjual atau memberikan hak Perniagaan dan Sistem ini kepada pihak lain tanpa persetujuan dan kebenaran bertulis daripada LISENSOR .

11.2 LISENSOR boleh mengambil alih Perniagaan yang tidak dapat diusahakan dengan bayaran tertentu yang dipersetujui oleh LISENSI.

11.3 Tidak boleh membuat usaha sama dgn mana-mana orang lain atau pihak ketiga yg tidak terikat dengan perjanjian lisensing

PENAMATAN PERJANJIAN

12.1 LISENSOR berhak menamatkan atau menarik balik hak pelesenan Perniagaan sebagaimana dalam Perjanjian jika LISENSI :

12.1.1 gagal membayar yuran pelesenan.

12.1.2 gagal atau lalai mematuhi prosedur Perniagaan dan Sistem yang telah ditetapkan.

12.1.3 mengemukakan maklumat palsu atau keterangan yang mengelirukan mengenai Perkhidmatan dan Sistem

12.1.4 membuat kenyataan-kenyataan yang menjejaskan reputasi Sistem, Perkhidmatan dan Jenama.

12.1.5 melanggar mana-mana syarat perjanjian.

12.1.6 tidak beroperasi selama lebih daripada 6 bulan dalam Kawasannya.